SEJARAH SKOMK

 

 SEJARAH PENUBUHAN SKOMK


    Sejarah penubuhan SKOMK atau dikenali sebagai Koperasi Orang Melayu kerajaan (SKOMK) Perak Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1924 dengan usaha pegawai kerjasama daerah Hilir Perak, En.Tahir bin Setia Raja. Beliau telah menubuhkan Syarikat Pekerja-Pekerja Kerajaan Hilir Perak, dengan mendapat sokongan Pegawai Daerah Hilir Perak iaitu Mr. M.K.Bain. Beliau memegang jawatan sebagai  Yang Dipertua (ex Officio), dibantu oleh Naib Yang Dipertua iaitu Tuan Penolong Kanan Pegawai Daerah dan ahli AJK yang dipilih dalam mesyuarat agong tahunan.

    Kedua-dua perkara ini berjalan seiring. Pada peringkat awal penubuhan SKOMK tahun 1924, seramai 150 orang dengan modal cuma beberapa ribu ringgit sahaja dari yuran ahli. Mengikut rekod yang ada, yuran sehingga tahun 1939 adalah sebanyak RM55,645.29.

    Pada tahun 1924, nama koperasi ditukarkan ke Syarikat Orang-Orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Bekerja Sama-Sama Kerana Jimat Cermat Simpanan Dan Pinjaman Wang Dengan Tanggungan Berhad atau nama ringkasnya SOMKHPSKJCSSDPWDTB yang telah dicatatkan namanya dalam Buku Guiness of Record sebagai nama ringkas yang terpanjang.


BANGUNAN SKOMK

    Tiada rekod menyatakan pejabat rasmi koperasi sejak awal-awal lagi. Apa yang ada tempat operasi bersama-sama dengan bangunan yang disewa diatas sebuah kedai di Jalan Raja bersama dengan Kelab Melayu yang baru ditubuhkan. Apabila Kelab Melayu mendapat tempat di bangunan  Jalan Mahkamah, koperasi juga telah berpindah di bangunan Kelab Melayu di sudut sebelah kanan serambi kelab ini. Disinilah operasi SKOMK menjalankan pengurusan hal-hal ahli.

    Pada 30 Julai 1972 sekali lagi tempat operasi SKOMK berpindah di bangunannya sendiri di Jalan Mahkota. Akhirnya pejabat SKOMK berpindah ke Kompleks SKOMK di Jalan Mahkamah mulai bulan Mei 1999 sejak mula dibina pada tahun 1997.


Jumlah Paparan Halaman